Akhlak
Mahmudah dan Mazmumah
Oleh:
Abdul Kholik (Guru MIN 2 Model Palembang)
Ajaran
islam adalah ajaran yang bersumber pada wahyu Allah, Al Qur’an dalam
penjabarannya terdapat pada hadis Nabi Muhammad SAW. Masalah akhlak dalam Islam
mendapat perhatian yang sangat besar. Berdasarkan bahasa, akhlak berarti sifat
atau tabiat. Berdasarkan istilah, akhlak berarti kumpulan sifat yg dimiliki
oleh seseorang yang melahirkan perbuatan baik dan buruk.
Konsep
Akhlak menurut Al-Ghazali adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang,
darinya lahir perbuatan yang mudah tanpa pertimbangan pikiran terlebih dahulu.
Akhlak meliputi jangkauan yang sangat luas dalam segala aspek kehidupan. Akhlak
meliputi hubungan hamba dengan Tuhannya (vertikal) dalam bentuk ritual
keagamaan dan berbentuk pergaulan sesama manusia (horizontal) dan juga sifat
serta sikap yang terpantul terhadap semua makhluk (alam semesta).
Bagi
seorang muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi
Muhammad SAW karena sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah
sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) terbaik
bagi seluruh kaum Muslimin.
Allah Subhana Wa Taalah sendiri memuji akhlak Nabi
Muhammad SAW di dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya: “Dan sesungguhnya
engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung.” (Al-Qalam:4)
Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk berakhlak baik seperti yang terkandung dalam hadis: “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Akhlak Mahmudah
Akhlak-akhlak
baik (mahmudah) meliputi : ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut kemurkaan
Allah), Roja’ (mengharapkan keridhaan Allah), jujur, adil, amanah, tawadhu
(merendahkan diri sesama muslim), bersyukur dan akhlak terpuji lainnya.
Akhlak
Mazmumah
Selain
menjaga akhlak mahmudah, seorang muslim juga harus menghindari akhlak mazmumah
(akhlak tercela) yang meliputi:
tergesa-gesa, riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada
orang lain), dengki (hasad), takabbur (membesarkan diri), ujub (kagum dengan
diri sendiri), bakhil, buruk sangka, tamak, pemarah dan akhlak tercela lainnya.
Sifat-sifat Mahmudah
·
Taubat
ialah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui
jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya (taubat Nasuha).
- Zuhud ialah satu corak kehidupan insane mukmin yang mengekang
jiwadaripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan
semua perkara yang tidak baik.
- Takut Allah ialah seorang muslim itu mengenali zat Allah melalui
mengenal sifat-sifat Allah dan mempunyai jiwa yang takut akan melakukan
perkara dosa atau perkara yang dilarang oleh Islam.
- Mahabbah (cinta Allah dan Rasul) ialah kasih seorang mukmin kepada
Allah dan RasulNya melebihi segala yang lain. Melahirkan jiwa insan yang
benar-benar cintakan agama dan rela mengorban dirinya ke jalan Allah.
- Sabar ialah separuh dari iman. Sabar juga adalah susah untuk
dipraktikkan dalam diri seseorang kecuali mukmin yang kuat imannya dan
redho segala ujian dari Allah.
- Syukur ialah seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada
Allah atas segala nikmat yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak
caranya seperti melaksanakan segala ibadah kepada Allah dengan hati yang
ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah (Perkataan
yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan sebagainya.
- Ikhlas dan benar ialah mukmin yang sentiasa membersihkan amalannya
dinamakan orang yang benar ikhlas. Setiap amalan ibadah atau pekerjaan
agama hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas hati, ihsan kepada Allah dengan
sebenar-benar ibadah seolahnya Allah berada dihadapan kita.
- Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah
berazam dan diikuti dengan usaha.
- Reda dengan qadak Allah ialah salah satu daripada sifat mahmudah.
Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur
atau sabar.
- Mengingati mati ialah mukmin yang sentiasa mengingati mati adalah
orang yang pintar, kerana mereka sentiasa bersedia untuk mati dengan
segala ibadah yang dilaksanakan.
Sifat Mazmumah
- Gemar Makan dan Minum. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Yang
terlebih Afdal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan
banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada
Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.
- Banyak berkata-kata perkara sia-sia ialah manusia yang suka
berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang perkara yang laqa
(lalai) seperti mencaci orang, menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara
tanpa faedah dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : “Tidak ada
kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang
menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan
manusia”. (An-Nisa : 114)
- Marah ialah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi
sebarang keadaan. Orang yang demikian, selalunya didorong oleh pengaruh
Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
- Hasad dengki, dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang
dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu
terhapus daripadanya. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Hasad itu memakan
(memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
- Kasih kepada harta ialah seseorang yang memiliki harta dan
kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak
haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
- Takbur, punca berlakunya sifat takbur adalah dari banyak sebab yang
boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab
keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut
dan banyak ibadat.
- Riyak, orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk
menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik
dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
- Ujub ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud bererti
berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga
berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan
dan lain-lain.
- Kasih akan Dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa
berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang
itu takutkan mati. Firman Allah yang bermaksud : “Ketahuilah sesungguhnya
kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah
antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak
pinak.”(Al-Hadid : 20)
Nasihat dan
Peringatan
Sebagai
seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah
Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan
patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib
membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan setiap perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah.
Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho Allah
adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan
kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau nama-nama tokoh bukan agama sebagai
ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita semua. Kecuali kita
jadikan ulama atau orang alim sebagai idola dalam kehidupan kita, kerana orang
alim atau ulama adalah pewaris Nabi dan
mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya
jika dijadikan ulama sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam
ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan Allah.
Ulama
yang di maksud ialah ulama atau ahli agama yang benar-benar berjalan di jalan
Allah yang mempedomani Alqur’an, hadits atau mujtihad sebagai dasar dalam
bertindak dan mengambil keputusan soal hukum agama dan bukan mereka yang
mengaku ahli agama dengan tujuan mempengaruhi umat manusia untuk mengikuti
ajaran mereka sendiri ajaran yang mereka ciptakan untuk menyesatkan umat
manusia seperti yang banyak terjadi saat ini.





